Thursday, 5 January 2012

Bagaimana nak tukar starter kereta anda.

____________________________________________________________________
*****LANGKAH KESELAMATAN SEBELUM MEMULAKAN PEMERIKSAAN***

# Pastikan gear kenderaan berada dalam keadaan "NEUTRAL"
# Biarkan enjin kenderaan sejuk terlebih dahulu.
# Jangan memakai pakaian yang longgar untuk mengelakkan dari tersangkut.
# Jangan lupa pakai cermin mata keselamatan.
____________________________________________________________________

Langkah Pertama

Buat pemeriksaan terlebih dahulu pada bateri anda. Untuk lakukan pemeriksaan ini, korang kena guna Multimeter ( Lihat gambar di bawah). Benda ni bleh didapati kat mana2 hardware atau kedai2 jual peralatan elektrik. Harga lingkungan RM 40 keatas bergantung pada kualiti dan jenama. Korang bli yang biasa jer pon dah cukup, buat simpan, x rugi pon. So bila kereta ada masalah ke, korang leh cek bateri kete ngan benda ni dulu, so x derk lah kena klentong ngan kedai selalu. Sebab benda ni banyak kegunaannya untuk cek part2 kete ni. Pastikan yang bateri anda berada pada tahap kuasa 12.6 volt  ke atas, sekiranya kurang daripada tu, cabut bateri kete korang, pastu pi lah cas kat kedai bateri kete. Kos dianggarkan dalam RM 10 je..bateri kena sentiasa dalam keadaan "fully charge" untuk memastikan tiada masalah bila nak start kete sebab bateri membekalkan kuasa pada starter kete anda untuk menghidupkan enjin keta anda.

  
cara nak guna senang jer..Pusingkan benda alah kat tengah tu ke no 20V..Merah adalah positif (+) dan hitam adalah negatif (-)..letakkan kepala mcm pen tu dekat penyambung bateri kete mengukut cas masing-masing..pasitif ngan positif. nagetif ngan negatif...pastu benda ni akan menunjukkan bacaan kuasa bateri anda..

Bacaan meter

12.6 v - keatas  = bateri kete ok n power..
10v - 12.5         =   kena cas bateri kete..
7v -10v             =  bateri ni dah nyawa2 ikan dah..
bawah pada 7v =  apo lagi, tuko ler yop bateri tu..dah kong dah tuu...


Langkah Kedua

Cabut kabel yang bersambung ke cas Negatif pada bateri kereta anda..kalau korang x cabut, kang x pasal2 kena renjatan elektrik plak..

Langkah Ketiga

Letak stopper kat tayar keta korang supaya masa jack keta nanti x derk lah nak menggelungsur kete tu..yang penting, x yah nak pi bli stopper kat kedai tu, cukup lah sekadar letak batu bata atau kayu jer..

Ni lah stopper  












dah lepas boh menatang ni, barulah korang jack kete korang.. dan lepas jack keta, korang kena plak letak stand mcm gambar kat bawah ni..Peringatan!!! JANGAN SESEKALI MEMBIARKAN KERETA ANDA TERGANTUNG DENGAN JACK KETA SAHAJA, KERANA SEDIKIT JE SENTUHAN @ TOLAKAN AKAN MENYEBABKAN ANDA TERSEPIT!!!





























Langkah keempat

Cari kat mana terletaknya starter keta korang...selalunya berada dibawah n terselit-selit skit..
















korang bukak dulu wayar yang menyambungkan starter kete tu, biasanya ada 2 wayar jer pon..bila dah bukak wayar tu, barulah bukak skru yang memegang starter tu, biasanya 2-3 skru bergantung pada jenis keta..PERINGATAN!!! KORANG KENA INGAT MANA SATU WAYAR KIRI DAN KANAN STARTER TU, TAKOT MASA PASANG NANTI SALAH MASUK PLAK..(ala, ada dua jer pon, takkan x leh ingat.)

nampak tak? dekat atas tu ada dua batang connector (yang warna tembaga tu)





















lepas dah bukak..Korang pasang lah balik mengikut STEP korang bukak starter tu secara patah balik..
___________________________________________________

Kalau kurang paham ngan penerangan aku, korang leh rujuk video di atas..

1 comment:

  1. Xpnh lg seumur idup saye tukar starter even x cbut kpla bateri kene renjatan elektrik..Arus DC xakan buatkan kite terenjat..Hanya AC yg bleh..contohnya arus dri cable plug..

    ReplyDelete